Edit this Text, Edit HTML> CRTL+F (firefox) search, edit and Save

Testing Artrage

Posted: Monday, March 28, 2011 | Posted by mae | 4 comments



Sebelum lukisan gua display kat galeri ade aircond baik lu orang tempah siap-siap...takut esok dah tak mampu baru nak mintak discount...

Friend of mine

Posted: Saturday, March 26, 2011 | Posted by mae | 5 comments




Banyak gak Kekurangan tarik line pakai mouse ni...digital pen turun harge sampai Rm1.20 nanti gua beli la satu.

Buat Cerita Untuk Hidup

Posted: Wednesday, March 23, 2011 | Posted by mae | 0 comments




Manusia boleh buat macam-macam untuk hidup termasuk la buat cerite porno...bukan tujuan untuk mencari kemashuran ataupun untuk menjadi terkenal...ia dilakukan semata-mata demi mencari sesuap nasi...ditambah pulak dengan dengan keadaan politik yang tidak menentu...semua ini menjadi dorongan untuk yang dah takde pendapatan tetap dan dihujung kerjaya untuk melakukan sesuatu demi menjamin anak isteri masih boleh bershopping di KLCC yang harga beg tangannya boleh buat belanje gua satu family untuk tempoh setengah tahun...
tak salah ke buat bende bogel-bogel macam ni tanye pakcik felda pada partner meja sebelah...partner meja sebelah jawab.." kalau pelakonnye mirip pemimpin pembangkang ia halal ditonton dan dihebahkan kepada media..sambil meng'order lagi segelas teh tarik tanda perbincangan akan menjadi lebih hangat sikit lagi.....

Kotor

Posted: Monday, March 21, 2011 | Posted by mae | 3 comments



Dalam seminggu dua ni cerite yang tenggelam timbul yang gua dengar sekejap kuat sekejap perlahan...
1) Nuklear - gua rase dah memang perlu ade powerplant tu kat sini..peduli hape ngan radiasi ke pencemaran ke...kalau rase tak setuju pegi la duduk kat pulau buatan sendiri...takpun buat rumah kat mane-mane negara yang bebas nuklear.
2) Libya - Amerika dah bom pengkalan tentera kerajaan gua rase pun perlu sebab dari diaorang bunuh rakyat sendiri baik US tolong bunuh sekali harung..tak rugi peluru
3) Video sek pemimpin tertinggi pembangkang - pun gua rase perlu sebab pemimpin pembangkang belum ade koleksi video seks seperti yang melibatkan pemimpin parti komponen pemerintah...betul ke tak betul video tu belakang cerite..yang penting orang yang dituduh tu mesti dimalukan dan dijatuhkan maruahnya...
kire gua dalam kategori manusia yang bersyukur sebab gua tak menentang, semua gua setuju termasuk la rancangan sehati berdansa itu menepati nilai-nilai budaya ketimuran tapi akad nikah dimasjid menyerupai upacara pernikahan agama lain.

Which way home

Posted: Wednesday, March 16, 2011 | Posted by mae | 4 comments




Documentari ni memang patut pun dapat banyak award. scene diorang interview budak pompuan umur 8 ke 9 tahun tu gua dah pikir ini bukan main-main punye isu, tapi penghijrahan beramai-ramai ni bukan lagi masalah setempat, dah jadi masalah negara dah...diaorang dah tak boleh nak sekat... budak pompuan tu travel sorang-sorang naik tren, bukan dalam gerabak tren tu...ni..atas bumbung tren yang panas tu...(sambil tunjuk matahari gua cerite) tanpa arah tuju nak cari kakak nya di US. takde alamat, takde duit, harap simpati orang ramai dan sukarelawan yang bagi makanan, bagi ubat, bagi motivasi..siape yang give up boleh patah balik hidup macam biase dengan family...mase gua umur macam tu jangan kate nak ke Amerika nak masuk toilet pun kene berteman..

friend of mine

Posted: Sunday, March 13, 2011 | Posted by mae | 4 comments



Species ini boleh ditemui disekitar klang dan ketika demo menyusahkan pihak berkuasa...gua pernah nampak kelibat yang tidak berapa fotogenik ini semasa rally menentang kenaikan harga minyak di menara petronas beberapa tahun dahulu...beliau kelihatan sangat marah ketika rally tersebut sehingga menarik minat jurugambar Harakah untuk merakamkan peristiwa itu...dan sehingga sekarang beliau masih menggunakan ron95 sebagai tanda protest yang berpanjangan.

Tuduh

Posted: Friday, March 11, 2011 | Posted by mae | 0 comments



banyak kali aku tengok drama melayu yang ade watak orang alim tapi tak betul cara.
watak tu mesti pakai serban,takpun kopiah,mate celak sikit,ade janggut,pakai jubah...tapi menggukan penampilan macam tu untuk keuntungan dunia...watak baik dalam drama begini biasenye ialah orang kampung pakai kain pelikat,bersongkok tinggi,baju melayu..sederhana dalam amalan dan ade effect cahaya time kamera fokus kat muka dia. aku tak mempertikaikan niat penulis untuk mengetengahkan sikap sesetengah pendakwah yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi...yang pastinye kesan dari cerita begini akan melahirkan generasi yang memandang golongan yang berpakaian seperti yang disarankan oleh nabi itu adalah orang jahat...

zack artrage

Posted: Wednesday, March 9, 2011 | Posted by mae | 0 comments



more to come....

artrage iggy pop

Posted: Tuesday, March 8, 2011 | Posted by mae | 0 comments



muka yang selamat nak buat caricature species muka characteristic macam ni...walaupun form tak same tak jadi masalah sangat...

Aunty rose

Posted: Friday, March 4, 2011 | Posted by mae | 2 comments



in anna raffali's looks...

Veteran

Posted: Tuesday, March 1, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Mencuri dengar perbualan dua orang makcik veteran selepas menyaksikan kucing berkuntau sesama sendiri..
Makcik 1 "macam DAP dengan PAS'
makcik 2 "diaorang ni memang tak boleh berkawan'
Makcik 1 "islam ape macam tu..kawan ngan cina'
Makcik 2 "Percaya sangat dengan cina DAP tu'..
Dan perbualan tu berlarutan sehingga masuk ke topik tilam yang boleh menyembuhkan penyakit buah pinggang...harganya mencecah sehingga rm11,000 untuk yang bersaiz besar...tapi selepas membeli tilam itu ia tidak memberikan kesan seperti yang diiklankan..tilam itu cuma disimpan didalam stor dibelakang rumah..dia merasa kesal kerana mempercayai salesman yang menjual tilam tersebut..
Gua cuma buat ramalan yang makcik-makcik ni baru balik mesyuarat bahagian dan salesman jual tilam tu mesti melayu yang beragama islam.