Edit this Text, Edit HTML> CRTL+F (firefox) search, edit and Save

Nasik Lemak,Karipap Dan secawan kopi.

Posted: Monday, April 25, 2011 | Posted by mae | 4 comments



Antara menu sarapan paling laris dibumi melayu yang dikongsi dengan berbagai bangsa seluruh dunia yang datang cari makan kat sini ialah karipap dan nasik lemak...disini semua bangsa harus kenal dengan makanan terutama nasik lemak...mana-mana artis barat yang datang buat konsert mesti belajar cakap perkataan nasik lemak walaupun sebutan tak berapa lemak didengar kalau ditanya wartawan masa press conference.hari ini maruah makanan yang menaikkan nama bukit antarabangsa itu telah dinjak-injak oleh menteri bukan melayu yang menjaga obesiti.selang beberapa hari selepas itu seorang lagi peguam bukan melayu mengaitkan karipap dan kopi panas dengan seorang lelaki boleh berdiri straight selepas diliwat . memang patut la kalau NGO-Ngo melayu mengadakan satu demonstrasi besar-besaran bagi mengekang gejala memperlekehkan makanan kegemaran orang melayu ini. tulis besar-besar kat banner korang nanti " Nasik Lemak Dan Karipap Hak Mutlak Bumiputra..penceramah jemputan pulak gua cadangkan seorang yang begitu comitted memperjuangkan hak nasik lemak dipersada antarabangsa iaitu Ustazah umi hafilda....

Pendatang

Posted: Tuesday, April 12, 2011 | Posted by mae | 2 comments



Gua lambat sikit dapat tau kene sediakan lebih 10ribu dan gaji minimun 6ratus ringgit sebulan untuk mendapatkan pembantu rumah warga indonesia.
untuk mendapatkan maid dari philiphine pulak kene sediakan 12ribu serta gaji dari 8ratus ke 1200.00 bergantung pada tahap akademik dan kecekapan melakukan kerja yang diarahkan.buat masa sekarang ni pemerintah Indonesia mengenakan beberapa lagi syarat untuk menjamin keselamatan dan jugak memberi pulangan yang setimpal untuk membenarkan rakyat dari negara mereka bekerja disini.
Ada sebilangan rakyat Malaysia yang lahir dan membesar kat sini cuma dapat gaji pokok sebanyak 500ringgit sebulan setelah bekerja selama 3-4 tahun di kilang tanpa bayaran pendahuluan dan komisyen kepada agent..senario pekerja industri warga tampatan yang masih ditekan oleh warga pendatang dari jepun dan eropah ni cuma jadi cerita pendek lepas minum kopi ginseng dah tukar cerita lain.
gua sendiri sembunyi-sembunyi jawab talipon bile tengok talipon pendatang asing boleh akses internet berbanding dengan talipon gua yang cuma ade ringtone polifonik.

Ilmu

Posted: Wednesday, April 6, 2011 | Posted by mae | 4 comments



Sepanjang gua hidup banyak bende yang gua tak tau..ade bende yang boleh ditanya ade bende yang tak perlu tanya dan ade bende yang kalau ditanya jugak orang akan gelakkan kita...atas sebab nak tau yang mendesak kadang-kadang gua tanya gak soalan tu walaupun sepatutnye gua dah tau jawapannya 20 tahun dulu...sesetengah soalan kalau ditanya pada mase yang tertentu ia akan menjadi seperti ayat penyata...sesetengahnya pulak ia akan jadi seperti mempertikaikan sesuatu tindakan..dan dalam banyak-banyak soalan yang paling bodoh gua pernah dengar setakat ni ialah...sesuai ke hukum allah dibuat di negara yang berbilang bangsa dan agama ni...?"..kalau gua ditanya dengan soalan begini gua takde jawapan yang tepat melainkan menyuruh orang yang bertanya berlari ketengah jalan kuching jam 6.30 petang...

Seni Pembodohan

Posted: Monday, April 4, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Jangan pelik kalau ade orang yang suka orang lain lebih bodoh dari mereka...dikelilingi oleh orang bodoh untuk dilihat bijak adalah salah satu sebab mengapa mereka bersikap begitu...mereka akan mempercayai setiap perkataan yang diucapkan oleh orang yang mereka rasakan bijak tanpa ragu-ragu...mungkin ini kesan daripada sifat orang melayu yang bersangka baik dan pesan orang dulu-dulu ade hikmah disebalik kejadian....mereka tidak mempersoalkan ape yang sahaja yang disuruh...ape sahaja yang dilakukan oleh mereka yang dianggap bijak akan disanjung walaupun ia cuma rakaman CCTV neo noirs...