Edit this Text, Edit HTML> CRTL+F (firefox) search, edit and Save

Nasik Lemak,Karipap Dan secawan kopi.

Posted: Monday, April 25, 2011 | Posted by mae |



Antara menu sarapan paling laris dibumi melayu yang dikongsi dengan berbagai bangsa seluruh dunia yang datang cari makan kat sini ialah karipap dan nasik lemak...disini semua bangsa harus kenal dengan makanan terutama nasik lemak...mana-mana artis barat yang datang buat konsert mesti belajar cakap perkataan nasik lemak walaupun sebutan tak berapa lemak didengar kalau ditanya wartawan masa press conference.hari ini maruah makanan yang menaikkan nama bukit antarabangsa itu telah dinjak-injak oleh menteri bukan melayu yang menjaga obesiti.selang beberapa hari selepas itu seorang lagi peguam bukan melayu mengaitkan karipap dan kopi panas dengan seorang lelaki boleh berdiri straight selepas diliwat . memang patut la kalau NGO-Ngo melayu mengadakan satu demonstrasi besar-besaran bagi mengekang gejala memperlekehkan makanan kegemaran orang melayu ini. tulis besar-besar kat banner korang nanti " Nasik Lemak Dan Karipap Hak Mutlak Bumiputra..penceramah jemputan pulak gua cadangkan seorang yang begitu comitted memperjuangkan hak nasik lemak dipersada antarabangsa iaitu Ustazah umi hafilda....

4 comments:

  1. TOOLBOX said...
  2. Bro
    Gua berpendapat usaha murni memartabatkan hak istimewa bumiputera terhadap karipap dan nasik lemak sepatutnya tidak diletakkan dibahu Ustazah Ummi Hafilda sahaja. Ianya juga wajar disokong oleh media arus perdana, ahli ekademik dan pakar ekonomi. Mungkin antara yang boleh diketengahkan adalah karipap dan nasi lemak mampu menstabilkan harga minyak dan menjana ekonomi dibawah NEP. Ianya boleh dilabelkan sebagai insiatif pihak swasta di bawah NKEA supaya tidak menimbulkan syak wasangka rakyat.

  3. mae said...
  4. gua dengar nasik lemak cuma kambing hitam...watak jahat dalam kes obesiti ni junk food dimiliki kapitalis yang main golf dengan menteri....

  5. Mohamadazhan.com said...
  6. salam...

    tajuk hampir sama dengan entri blog sy, cuma ada lebih karipap tu =)

  7. mae said...
  8. keh..keh..keh...