Edit this Text, Edit HTML> CRTL+F (firefox) search, edit and Save

Pendatang

Posted: Tuesday, April 12, 2011 | Posted by mae |



Gua lambat sikit dapat tau kene sediakan lebih 10ribu dan gaji minimun 6ratus ringgit sebulan untuk mendapatkan pembantu rumah warga indonesia.
untuk mendapatkan maid dari philiphine pulak kene sediakan 12ribu serta gaji dari 8ratus ke 1200.00 bergantung pada tahap akademik dan kecekapan melakukan kerja yang diarahkan.buat masa sekarang ni pemerintah Indonesia mengenakan beberapa lagi syarat untuk menjamin keselamatan dan jugak memberi pulangan yang setimpal untuk membenarkan rakyat dari negara mereka bekerja disini.
Ada sebilangan rakyat Malaysia yang lahir dan membesar kat sini cuma dapat gaji pokok sebanyak 500ringgit sebulan setelah bekerja selama 3-4 tahun di kilang tanpa bayaran pendahuluan dan komisyen kepada agent..senario pekerja industri warga tampatan yang masih ditekan oleh warga pendatang dari jepun dan eropah ni cuma jadi cerita pendek lepas minum kopi ginseng dah tukar cerita lain.
gua sendiri sembunyi-sembunyi jawab talipon bile tengok talipon pendatang asing boleh akses internet berbanding dengan talipon gua yang cuma ade ringtone polifonik.

2 comments:

  1. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...
  2. menteri mana yang link dalam company company bawa masuk amah ni

  3. mae said...
  4. jual orang paling senang nak kaya...tangkap pun tak guna kalau masuk sejuta orang tangkap 1 tongkang...kecoh seminggu dalam tv