Edit this Text, Edit HTML> CRTL+F (firefox) search, edit and Save

Raya

Posted: Saturday, August 27, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Raya bukan mase untuk meniarap depan tv tengok sarkis sambil makan biskut raya dari pagi sampai ke petang ' Pesanan ringkas itu dibawakan khas dari pengalaman beraye beberape tahun lepas.

Xara Trace

Posted: Thursday, August 25, 2011 | Posted by mae | 0 comments



trace pakai xara Xtreme pro. kene explore lagi sebab nak buat macam ni pun ambik mase lame. antara alasan lambat siap yang sempat gua pikir ialah lapar dan dahaga memandangkan skang ni bulan puasa, tapi bila teringat sirah rasulullah s.a.w bulan puasa siap boleh berperang. dah la berperang siap menang pulak lagi. gua jadi malu sendiri nak pakai alasan seperti yang dinyatakan diatas. maka dengan itu siap jugak la gambar Encik GunX yang gua rase dia pikir idea nak tulis status fesbuk dia mase atas motor.

Aneka

Posted: Tuesday, August 2, 2011 | Posted by mae | 2 comments



Gua tak nampak golongan yang beria-ia mempejuangkan bangsa jadi tuan kat negara ni. kebanyakan pemimpin yang mengaku memperjuangkan bangsa tu mungkin la jadi tuan. bezanya berape kerat sangat yang dibela.
yang terpinggir pulak berape juta. gua tak rase terbela pun kalau setakat announce billion-billion dalam tv tapi orang melayu tetap kene kerja bawah tokey-tokey besar dari bangsa lain dan diperah tenaga mereka dengan bayaran yang tak setimpal. ape salahnye hidup tanpa mencurigai bangsa lain nak ambik alih kepimpinan negara la. cina nak sapu semua peluang perniagaan la. india nak monopoli sistem kehakiman la. gua tak nampak itu jadi masalah sebenarnye. isunye sejauh mane ikhlasnye kite nak tengok semua bangsa boleh hidup aman dan boleh memajukan diri dalam negara ni. bende ni gua pikir lepas gua dapat tau di sesetengah negeri di India yang agama rasmi nye bukan islam tapi boleh sponsor jemaah haji yang pertama kali nak ketanah suci tambang separuh. maksudnye diaorang bukan setakat membenarkan islam diamalkan tapi siap bagi peruntukan yang banyak untuk rakyat negara dia walaupun belainan kepercayaan. mulai sekarang gua ingat nak cube2 tanye kaunter tabung haji berape duit nak bukak akaun sebab gua tau kalau gua tak mula dari sekarang jangan kate nak pegi mekah. KLIA pun gua tak dapat jejak.