WPAP iggy pop
WPAP wife
Terjemahan berita dari media perdana dalam menghadapi pelbagai isu yang melibatkan keperluan orang ramai. Berita A: Isu air di selangor selepas 4 tahun menjadi kerajaan- dibaca: Ini menunjukkan kegagalan kerajaan negeri yang diterajui oleh pembangkang telah gagal dalam menguruskan sumber air yang merupakan keperluan utama rakyat. ini menunjukkan sebuah kerajaan yang sangat lemah. Berita B : Isu air di pahang selepas 50 tahun menjadi kerajaan- dibaca: Ini cuma masalah kecik yang cuba dipolitikkan oleh pembangkang demi meraih sokongan orang ramai. masalah ini akan diselesaikan dengan seberapa segera oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. kami tidak mahu isu kepentingan orang ramai ini terlalu dipolitikkan. inilah teknik pemberitaan yang disuap kepada orang ramai dari zaman tv hitam putih sehinggalah ke zaman orang menyampah nak tengok berita. masih ada yang percaya...? jawapannyaaaaaaa ..ADA!!
Penang Nightwalk
Pulau pinang kalau boleh digambarkan dalam bentuk visual lebih kurang begini keadaannya.itu bagi yang dapat berada disuasana malam bersama duit yang tanpa perlu dihitung akan berkurangan jika membeli walau sepaket jeruk pala. bagi yang tiba dengan keadaan berkira-kira samada ingin minum dicafe ataupun membungkus cendol di persisiran jalan tentu cahaya warna warni diatas bukanlah sesuatu yang sangat mengujakan.
Timbang Tara
Ape saje khabar yang datang kite disuruh gunakan akal untuk menilai. itu cara orang yang berfikir selepas menerima berita dan sebelum disampaikan pulak pada orang lain. cara penyampaian pun mungkin salah satu sebab mengapa sesuatu berita itu mudah dipercayai dan tak perlu dinilai dan dipertikaikan lagi kesahihannya. ape pulak kesannya kalau kite cuma bergantung dengan satu sumber sahaja tanpa mengambil tahu dari sumber2 yang lain? rugi la kalau macam tu. kite tak ambik peluang untuk melihat sesuatu berita dari pelbagai sudut. jika tidak dilihat dari pelbagai sudut macamane pulak kite nak memilih mane yang betul mane yang salah. selepas membaca beberapa sumber berita gua masih optimis yang gua masih ade harapan untuk dapat yang diberitahu sebagai wang ehsan dari kerajaan yang memerintah, walaupun syarat-syarat untuk layak menerima duit tu dah makin bertambah dari sehari ke sehari. penilaian itu gua rase sangat logik dalam kadar masa sekarang ni ditambah pulak dengan desakan nak bercuti dapat sehari dua pun jadi la...
Jibat Kasut Size 5
Journey
Raya
Xara Trace
trace pakai xara Xtreme pro. kene explore lagi sebab nak buat macam ni pun ambik mase lame. antara alasan lambat siap yang sempat gua pikir ialah lapar dan dahaga memandangkan skang ni bulan puasa, tapi bila teringat sirah rasulullah s.a.w bulan puasa siap boleh berperang. dah la berperang siap menang pulak lagi. gua jadi malu sendiri nak pakai alasan seperti yang dinyatakan diatas. maka dengan itu siap jugak la gambar Encik GunX yang gua rase dia pikir idea nak tulis status fesbuk dia mase atas motor.
Aneka
Gua tak nampak golongan yang beria-ia mempejuangkan bangsa jadi tuan kat negara ni. kebanyakan pemimpin yang mengaku memperjuangkan bangsa tu mungkin la jadi tuan. bezanya berape kerat sangat yang dibela.
yang terpinggir pulak berape juta. gua tak rase terbela pun kalau setakat announce billion-billion dalam tv tapi orang melayu tetap kene kerja bawah tokey-tokey besar dari bangsa lain dan diperah tenaga mereka dengan bayaran yang tak setimpal. ape salahnye hidup tanpa mencurigai bangsa lain nak ambik alih kepimpinan negara la. cina nak sapu semua peluang perniagaan la. india nak monopoli sistem kehakiman la. gua tak nampak itu jadi masalah sebenarnye. isunye sejauh mane ikhlasnye kite nak tengok semua bangsa boleh hidup aman dan boleh memajukan diri dalam negara ni. bende ni gua pikir lepas gua dapat tau di sesetengah negeri di India yang agama rasmi nye bukan islam tapi boleh sponsor jemaah haji yang pertama kali nak ketanah suci tambang separuh. maksudnye diaorang bukan setakat membenarkan islam diamalkan tapi siap bagi peruntukan yang banyak untuk rakyat negara dia walaupun belainan kepercayaan. mulai sekarang gua ingat nak cube2 tanye kaunter tabung haji berape duit nak bukak akaun sebab gua tau kalau gua tak mula dari sekarang jangan kate nak pegi mekah. KLIA pun gua tak dapat jejak.
Belanja
Berbeza pandangan dalam sesuatu isu dah biasa kita dengar. yang jarang gua dengar disebabkan tak setuju dengan pendapat orang lain kita pijak dia sebab kita lebih kuat. tak perlu la dibuat macam-macam undang-undang kalau orang yang gajinya dibayar dari wang pembayar cukai melayan kita macam penjenayah. sama la macam gua beli tukul untuk bagi pada orang yang memang dah stand by nak ketuk kepala gua. keadaan cuma boleh berubah kalau gua beli tukul dan bagi pada orang yang baik dan tak berpotensi nak ketuk kepala sesiapa.
Sembang
Dalam seminggu dua ni gua jarang tengok tv time berita. sesekali gua bersembang jugak dengan orang sekeliling pasal isu semasa sambil cuba nak ambik tau ape yang diaorang paham melalui pemerhatian diaorang tentang ape yang berlaku dalam negara skang ni. rujukan utama diorang mesti dari tv dan suratkhabar. sejauh mana orang kita percaya dengan berita yang disampaikan melalui dua cabang media yang terbesar itu tidak boleh dipertikaikan lagi. apa sahaja yang dipertontonkan dan ditulis wajib menjadi kepercayaan walaupun berita itu diolah supaya ia kelihatan benar walaupun ia cuma satu tuduhan yang belum dipastikan kesahihannya. walau seserius mana pun cara penyampaiannya gua tetap melihat ape yang disiarkan di tv sebagai iklan yang memerlukan kepercayaan orang ramai untuk mendapatkan keuntungan. contohnya....walaupun gua tau sabun basuh dalam iklan tv tu tak boleh buat baju gua putih sampai bercahaya tapi sampai kat pasaraya gua akan cari brand yang keluar dalam tv tu berbanding brand yang tak pernah dilihat dimane-mane iklan sebelum ni.
kartun rokes
Bangsa
Dalam zaman semua orang dah boleh dapat maklumat percuma dan mudah, masih ada beberapa editor brand otak semput nak suruh semua orang percaya tulisan merapu dalam suratkhabar yang bagi free pun orang tak ambik. disebabkan artikel yang sangat membantu menjadikan manusia lebih cerdik beberapa sekolah jenis kebangsan menolak untuk mendapat langganan percuma suratkhabar berkenaan,sebab diaorang tau kalau baca suratkhabar nama Utusan Orang Melayu ni akan membazirkan susu tepung mahal yang diorang minum untuk perkembangan otak tu.
Nasik Lemak,Karipap Dan secawan kopi.
Antara menu sarapan paling laris dibumi melayu yang dikongsi dengan berbagai bangsa seluruh dunia yang datang cari makan kat sini ialah karipap dan nasik lemak...disini semua bangsa harus kenal dengan makanan terutama nasik lemak...mana-mana artis barat yang datang buat konsert mesti belajar cakap perkataan nasik lemak walaupun sebutan tak berapa lemak didengar kalau ditanya wartawan masa press conference.hari ini maruah makanan yang menaikkan nama bukit antarabangsa itu telah dinjak-injak oleh menteri bukan melayu yang menjaga obesiti.selang beberapa hari selepas itu seorang lagi peguam bukan melayu mengaitkan karipap dan kopi panas dengan seorang lelaki boleh berdiri straight selepas diliwat . memang patut la kalau NGO-Ngo melayu mengadakan satu demonstrasi besar-besaran bagi mengekang gejala memperlekehkan makanan kegemaran orang melayu ini. tulis besar-besar kat banner korang nanti " Nasik Lemak Dan Karipap Hak Mutlak Bumiputra..penceramah jemputan pulak gua cadangkan seorang yang begitu comitted memperjuangkan hak nasik lemak dipersada antarabangsa iaitu Ustazah umi hafilda....
Pendatang
Gua lambat sikit dapat tau kene sediakan lebih 10ribu dan gaji minimun 6ratus ringgit sebulan untuk mendapatkan pembantu rumah warga indonesia.
untuk mendapatkan maid dari philiphine pulak kene sediakan 12ribu serta gaji dari 8ratus ke 1200.00 bergantung pada tahap akademik dan kecekapan melakukan kerja yang diarahkan.buat masa sekarang ni pemerintah Indonesia mengenakan beberapa lagi syarat untuk menjamin keselamatan dan jugak memberi pulangan yang setimpal untuk membenarkan rakyat dari negara mereka bekerja disini.
Ada sebilangan rakyat Malaysia yang lahir dan membesar kat sini cuma dapat gaji pokok sebanyak 500ringgit sebulan setelah bekerja selama 3-4 tahun di kilang tanpa bayaran pendahuluan dan komisyen kepada agent..senario pekerja industri warga tampatan yang masih ditekan oleh warga pendatang dari jepun dan eropah ni cuma jadi cerita pendek lepas minum kopi ginseng dah tukar cerita lain.
gua sendiri sembunyi-sembunyi jawab talipon bile tengok talipon pendatang asing boleh akses internet berbanding dengan talipon gua yang cuma ade ringtone polifonik.
Ilmu
Sepanjang gua hidup banyak bende yang gua tak tau..ade bende yang boleh ditanya ade bende yang tak perlu tanya dan ade bende yang kalau ditanya jugak orang akan gelakkan kita...atas sebab nak tau yang mendesak kadang-kadang gua tanya gak soalan tu walaupun sepatutnye gua dah tau jawapannya 20 tahun dulu...sesetengah soalan kalau ditanya pada mase yang tertentu ia akan menjadi seperti ayat penyata...sesetengahnya pulak ia akan jadi seperti mempertikaikan sesuatu tindakan..dan dalam banyak-banyak soalan yang paling bodoh gua pernah dengar setakat ni ialah...sesuai ke hukum allah dibuat di negara yang berbilang bangsa dan agama ni...?"..kalau gua ditanya dengan soalan begini gua takde jawapan yang tepat melainkan menyuruh orang yang bertanya berlari ketengah jalan kuching jam 6.30 petang...
Seni Pembodohan
Jangan pelik kalau ade orang yang suka orang lain lebih bodoh dari mereka...dikelilingi oleh orang bodoh untuk dilihat bijak adalah salah satu sebab mengapa mereka bersikap begitu...mereka akan mempercayai setiap perkataan yang diucapkan oleh orang yang mereka rasakan bijak tanpa ragu-ragu...mungkin ini kesan daripada sifat orang melayu yang bersangka baik dan pesan orang dulu-dulu ade hikmah disebalik kejadian....mereka tidak mempersoalkan ape yang sahaja yang disuruh...ape sahaja yang dilakukan oleh mereka yang dianggap bijak akan disanjung walaupun ia cuma rakaman CCTV neo noirs...
Testing Artrage
Friend of mine
Buat Cerita Untuk Hidup
Manusia boleh buat macam-macam untuk hidup termasuk la buat cerite porno...bukan tujuan untuk mencari kemashuran ataupun untuk menjadi terkenal...ia dilakukan semata-mata demi mencari sesuap nasi...ditambah pulak dengan dengan keadaan politik yang tidak menentu...semua ini menjadi dorongan untuk yang dah takde pendapatan tetap dan dihujung kerjaya untuk melakukan sesuatu demi menjamin anak isteri masih boleh bershopping di KLCC yang harga beg tangannya boleh buat belanje gua satu family untuk tempoh setengah tahun...
tak salah ke buat bende bogel-bogel macam ni tanye pakcik felda pada partner meja sebelah...partner meja sebelah jawab.." kalau pelakonnye mirip pemimpin pembangkang ia halal ditonton dan dihebahkan kepada media..sambil meng'order lagi segelas teh tarik tanda perbincangan akan menjadi lebih hangat sikit lagi.....
Kotor
Dalam seminggu dua ni cerite yang tenggelam timbul yang gua dengar sekejap kuat sekejap perlahan...
1) Nuklear - gua rase dah memang perlu ade powerplant tu kat sini..peduli hape ngan radiasi ke pencemaran ke...kalau rase tak setuju pegi la duduk kat pulau buatan sendiri...takpun buat rumah kat mane-mane negara yang bebas nuklear.
2) Libya - Amerika dah bom pengkalan tentera kerajaan gua rase pun perlu sebab dari diaorang bunuh rakyat sendiri baik US tolong bunuh sekali harung..tak rugi peluru
3) Video sek pemimpin tertinggi pembangkang - pun gua rase perlu sebab pemimpin pembangkang belum ade koleksi video seks seperti yang melibatkan pemimpin parti komponen pemerintah...betul ke tak betul video tu belakang cerite..yang penting orang yang dituduh tu mesti dimalukan dan dijatuhkan maruahnya...
kire gua dalam kategori manusia yang bersyukur sebab gua tak menentang, semua gua setuju termasuk la rancangan sehati berdansa itu menepati nilai-nilai budaya ketimuran tapi akad nikah dimasjid menyerupai upacara pernikahan agama lain.
Which way home
Documentari ni memang patut pun dapat banyak award. scene diorang interview budak pompuan umur 8 ke 9 tahun tu gua dah pikir ini bukan main-main punye isu, tapi penghijrahan beramai-ramai ni bukan lagi masalah setempat, dah jadi masalah negara dah...diaorang dah tak boleh nak sekat... budak pompuan tu travel sorang-sorang naik tren, bukan dalam gerabak tren tu...ni..atas bumbung tren yang panas tu...(sambil tunjuk matahari gua cerite) tanpa arah tuju nak cari kakak nya di US. takde alamat, takde duit, harap simpati orang ramai dan sukarelawan yang bagi makanan, bagi ubat, bagi motivasi..siape yang give up boleh patah balik hidup macam biase dengan family...mase gua umur macam tu jangan kate nak ke Amerika nak masuk toilet pun kene berteman..
friend of mine
Species ini boleh ditemui disekitar klang dan ketika demo menyusahkan pihak berkuasa...gua pernah nampak kelibat yang tidak berapa fotogenik ini semasa rally menentang kenaikan harga minyak di menara petronas beberapa tahun dahulu...beliau kelihatan sangat marah ketika rally tersebut sehingga menarik minat jurugambar Harakah untuk merakamkan peristiwa itu...dan sehingga sekarang beliau masih menggunakan ron95 sebagai tanda protest yang berpanjangan.
Tuduh
banyak kali aku tengok drama melayu yang ade watak orang alim tapi tak betul cara.
watak tu mesti pakai serban,takpun kopiah,mate celak sikit,ade janggut,pakai jubah...tapi menggukan penampilan macam tu untuk keuntungan dunia...watak baik dalam drama begini biasenye ialah orang kampung pakai kain pelikat,bersongkok tinggi,baju melayu..sederhana dalam amalan dan ade effect cahaya time kamera fokus kat muka dia. aku tak mempertikaikan niat penulis untuk mengetengahkan sikap sesetengah pendakwah yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi...yang pastinye kesan dari cerita begini akan melahirkan generasi yang memandang golongan yang berpakaian seperti yang disarankan oleh nabi itu adalah orang jahat...
artrage iggy pop
Veteran
Mencuri dengar perbualan dua orang makcik veteran selepas menyaksikan kucing berkuntau sesama sendiri..
Makcik 1 "macam DAP dengan PAS'
makcik 2 "diaorang ni memang tak boleh berkawan'
Makcik 1 "islam ape macam tu..kawan ngan cina'
Makcik 2 "Percaya sangat dengan cina DAP tu'..
Dan perbualan tu berlarutan sehingga masuk ke topik tilam yang boleh menyembuhkan penyakit buah pinggang...harganya mencecah sehingga rm11,000 untuk yang bersaiz besar...tapi selepas membeli tilam itu ia tidak memberikan kesan seperti yang diiklankan..tilam itu cuma disimpan didalam stor dibelakang rumah..dia merasa kesal kerana mempercayai salesman yang menjual tilam tersebut..
Gua cuma buat ramalan yang makcik-makcik ni baru balik mesyuarat bahagian dan salesman jual tilam tu mesti melayu yang beragama islam.
ADI JAGAT
gua nak tulis panjang pasal adi jagat pun gua bukan kenal sangat ngan dia...cuma gua pernah dengar album yang dia buat sendiri beserta cover kertas photostate...gua kagum dengan usaha dia...dengar lagu orang susah buat gua rasa bersyukur dengan nikmat yang kita dapat setakat ni...lirik dia bagitau yang dia betul-betul struggle time tu...RESPECT!!..
TukarTiub
Bincang
ode to my family
Seronok ke tak kalau mak ngan ayah nak duduk sekali dengan family kita..? tak susah ke nak tanggung..? tak menyusahkan ke..? soalan-soalan yang macam ni kita akan pikir kalau parent ambik keputusan untuk tinggal dengan family kita...tak payah la nak bising-bising kalau setakat keluar duit yang tak seberape tu...
jawapannya tak payah pening-pening nak pikir....kalau ibu yang melahirkan kita mintak ganti balik susu yang kita minum masa kecik dulu setitik pun kita tak dapat ganti..
Marah
Siapa yang paling marah kalau harga barang keperluan naik mendadak, semestinya orang itu ialah orang yang tidak berkemampuan macam aku...setiap pembesar negara seperti biasa mengarang jawapan yang bakal ditanyakan oleh wartawan tv perdana tentang kenaikan harga tersebut...tidak seorang pun dari pembesar negara tadi mengatakan yang kenaikan itu membebankan selain dari memuji-muji tindakan menaikan harga barang tersebut...cadangan seperti menanam sayur belakang rumah dan berjimat cermat sering kedengaran...dalam masa yang sama ditayangkan perkahwinan anak pembesar negara dengan pelbagai tema dan semestinya menggunakan belanja yang bukan sedikit...mungkin itulah yang mereka maksudkan sebagai berjimat cermat...dan sayur yang dihidangkan untuk tetamu yang datang semestinya sayur yang ditanam dibelakang rumah....aku paham macam tu la.....
Asap
Guru Bahasa
Aku memang admire cara tokoh ni menjawab soalan yang diajukan kepadanya...sentiasa tenang dan tersusun patah perkataan yang keluar...tak ramai yang mempunyai keprihatinan untuk mengekalkan cara pertuturan dan sebutan yang begitu melayu selain dari beliau...aku memikirkan dari siapa dia berlajar bertutur dalam bahasa baku ini...
semestinya dari orang yang memang bertutur dalam bahasa sastera setiap hari......
senang
sedang bercita2 untuk mendaftarkan udara untuk dijadikan harta persendirian...alasan untuk mengenakan bayaran adalah sangat logik kerana oksigen diperlukan untuk bernafas...monopoli semua perniagaan yang berkaitan dengan udara dan nafas seperti yang dilakukan oleh tenaga nasional dan telekom malaysia... sila bina janakuasa elektrik dan buat satelite sendiri jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kami...janjikan perkhidmatan yang lebih baik serta kempen membazir amalan syaitan setiap kali tarif hendak dinaikkan,
Mungkin ini cara yang paling senang nak kaye selain dari menswastakan kutipan saman ekor...
Habuk
Habuk pun rupe2 nye ade guna gak kat manusia yang malas mengaji macam aku ni.... ketebalan habuk tu menunjukkan tarikh akhir aku bukak quraan bukan la semalam atau minggu lepas...patutla kes orang kafir plan nak bakar kitab yang boleh menyelamatkan aku dari masuk neraka pun aku boleh cakap "oooo....je..
Just for laugh waktu perdana
Menara Warisan Merdeka
Working Class Hero
Satu petang di Klang Parade didalam sebuah kedai peralatan muzik disaksikan beberape orang pemuzik2 hebat daerah klang ketika itu.. cikgu gitar gua tibe2 tanye soalan sambil menghirup nescafe ais ditanganye..." ape tujuan engkau belajar main gitar ni sebenaunye.." aku jawab " pasal aku nak jadi legend macam dia ni sambil tunjuk poster ni.. kat dinding...itu je yang gua ingat..sambil disambut dengan bunyi bising pemuzik2 hebat itu...chess!..
Youth In Revolt - Official Trailer [HD]
movie ni dah siap download sebelum bulan puase lagi dah,cume belum sempat nak tengok...gua dah agak watak utame yang dilakonlan micheal cera akan jadi macam watak yang biase dia bawak sebelum ni...watak remaje confused...cume dalam movie ni dia ade dua watak..1-watak dia yang sebenar.2- watak yang lelaki perancis idaman girlfriend dia...watak lelaki perancis tu mempengaruhi beberape tindakan yang dianggap berani dan cool tapi sebenarnye menyusahkan diri sendiri..sehingga menyebabkan dia menjadi buruan polis..dan jugak girlfriend nya dibuang dari kolej...ending cerite dia kene tangkap dan kene ditention 3 bulan sebab kes juvana...dalam mase yang same girlfriend dia dah maafkan kesalahan sebelum tu..ape sebab gua tengok movie ni ..?pasal micheal cera kot...takpun pasal movie dia sebelum ni...satu lagi movie dia taun ni "scott pilgrim vs the world'...yang ni kene tengok jugak sebab adaptasi dari komik yang gua bace..tunggu torrent release yang quality elok sikit..
How Weed Won The West part 1
dokumentari yang dibuat khas untuk menghalalkan ganja ditanam dan dipasarkan di california..macam2 cadangan yang keluar dari otak pelobi2 tokey ganja ni...antara produk2 yang munkin nampak tak bahaye ialah butter yang dibuat dari campuran marijuana..hash cookies..dan jugak space cake..yang pastinye bende ni same mcm goverment kite yang cube menghalalkan bende tak berfaedah demi untuk kepentingan poket masing2..sebab tu penting ade connection politik untuk berjaye dalam perniagaan...politician ni dah mcm kerje dengan tokey2 besar untuk melobi projek yang dihebohkan untuk kepentingan rakyat...dulu munkin kite tak paham..tapi lepas isi tender goverment baru kite tau..ooo...macam tu ke....
conteng2 hujung minggu
My Last Five Girlfriends - Trailer
macam2 masalah dari first girlfriend sampai la yang last..watal duncan ni macam lelaki biase yang cuba nak paham pompuan yang dia sendiri tau dia tak akan paham semua..dia cube reveal balik macamane mule2 kenal..pastu hubungan berjalan macam biase..sampaila clash..ade isu besar..ade isu kecik..dalam mase yang same dia cuba nak balance... kan masalah dari girlfrien yang first sampai yang no lima..tapi tetap dia tak paham ape yang pompuan nak dari dia..keputusannye ade percubaan bunuh diri..tapi itu bukan ending cerite..kadang2 dia terlampau cool sangat sampai dia tak ambik port bende2 yang remeh temeh yang pompuan ambik berat..gua rase kite pun ade masalah yang same..sebab bende ni gua tak boleh nak explain mcmane..selagi gua dapat bincang dengan elok gua rase bende ni bukan masalah..cuma proses ni akan buat kite lagi bijak nak handle ape masalah pun yang datang mase depan.
Blogger news
Facebook Badge
My Blog List
-
Tiger Woods declares golf ‘needs’ TGL as PGA Tour-LIV Golf fallout continues - Tiger Woods will return to compete alongside his son Charlie at the PNC Championship this week, before making his next appearance in the soon-to-be-launche...2 hours ago
-
How to Convert Your Profile Picture to Vector Art for a Crisp, Professional Look. - A good profile picture can make all the difference, especially on professional platforms like LinkedIn, where a clean, high-quality image helps you stand...5 weeks ago
-
The Truth Behind Being A Social Media Influencer and Its Effect on Mental Health. - While the role of a social media influencer may seem glamorous and financially rewarding, it also presents considerable challenges related to mental heal...7 months ago
-
WB Yeats Caricature - [image: Digital caricature portrait of the Irish poet, WB Yeats by Russ Cook] Caricature of the Irish poet, WB Yeats Tools: Sketchbook Pro + Affinity P...7 months ago
-
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan - Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik yang and...1 year ago
-
Old Masters Remastered - Leave your mark on history with your own custom historical figure portrait from old masters’ paintings remastered to famous photographs […] The post Old ...1 year ago
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 years ago
-
NoSQL MongoDB to Enhance Developer’s Productivity — The Best Tool - NoSQL Manager for MongoDB Pro is a tool for administering and managing MongoDB databases. It gives users a huge set of GUI tools for working efficiently wi...3 years ago
-
-
Hello world! - Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!3 years ago
-
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...4 years ago
-
-
Jamil di Korea - Part 1 - Tibai flight awal pagi dengan harapan bila sampai nanti ngam-ngam waktu check-in hotel. Besar beruang Korea ni. Aku tak pasti samada tu tangga atau ...4 years ago
-
Xara Cloud Update - We've just released another major update to Xara Cloud, designed to smooth your workflow and make editing within Xara Cloud quicker and easier. Changes inc...5 years ago
-
Bapak ayam - Merekalah bapak ayam Mengatur tauke tauke besar yang ghairah merogol Menyondol hutan hutan dara subur yang basah lebat merimbun Meraba ganas liang, lubang, l...5 years ago
-
PERCUMA! Bengkel Komik Terbitan Sendiri Bersama Ahm Ahmad - *BENGKEL MENGHASILKAN KOMIK TERBITAN SENDIRI (SELF PUBLISH COMIC)* Lokasi: AUDITORIUM, Balai Seni Negara Tarikh: 26/1/2019 Masa: 2.00pm - 4.00pm Siapa *A...5 years ago
-
-
-
MALAYSIA DAH BERUBAH - Tahniah Malaysia, kerana bertamadun semasa menumbangkan BN pada 9 May 2018 yang lepas. Harap lima tahun akan datang ini, kita menuju ke depan dan bukan ke ...6 years ago
-
Dah besar dah - Setiap pagi aku hantar Sabrina ke sekolah aku takkan lepaskan peluang untuk berbual dengan dia tentang apa sahaja yang dia ingin katakan. Tentang kawan-kaw...7 years ago
-
Serius Sadis - Gambar Apartmen Sempit Penghuni Miskin Di Hong Kong (11 Gambar) - Wow Sewa rumah di Hong Kong amatlah mahal sehingga golongan kurang berkemampuan terpaksa menyewa "apartment mini" sebesar 40 meter persegi. Di sinilah mere...7 years ago
-
-
-
Zaman Kegemilangan Kedah 1993 - Antara zaman kegemilangan pasukan Kedah adalah dalam tahun 1993 bila menjuarai liga bahagian satu mengalahkan Pahang 3-1. Waktu itu saya duduk serumah deng...8 years ago
-
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib - BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak, tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681 million ...8 years ago
-
Akim & The Majistret - Obses - *Akim & The Majistret - Obses chords and Lyric* Intro ~ Am E Dm Am Am E Meniti hari dalam kesedaran Dm Am Menunggu masa untuk lena Am E Memintal mimpi di ka...8 years ago
-
Drawings from Denny's (Burbank) and out in Portland - Just back from an amazing trip to CTN Expo and after to Portland, wish I had time for a lot more drawing but did a few while about. Samuels Florist Burbank...9 years ago
-
Metropolis - Ada sebuah kota fantasi yang terbelah. Tapi barangkali tak istimewa. Tiap kota besar selalu terbelah. Di satu lapis, ruang hidup dibentuk penduduk yang ka...9 years ago
-
Catatan NTG.Warna Kemerdekaan - Warna Kemerdekaan. Detik menghitung hari menyambut ulang tahun kemerdekaan negara saya merenung fikir. Mencari dan cuba memaknakan erti kemerdekaan i...9 years ago
-
-
-
The Most Dangerous Game (1978) – Japan - Romaji: Mottomo Kiken na Yuugi Director: Tôru Murakawa Release Date: April 8, 1978 Genre: Action / Drama / Thriller Country: Japan Language: Japanese Cast:...9 years ago
-
-
Harap harap ayahnda mountdweller boleh bagitau species dan jenis apa - nota; tunggu jawapan9 years ago
-
malam semalam pekin menangis - sudah kurang lebih seminggu abg bermastautin di bilik kesukaan abg di chah otel kata epal. kerja2 persiapan akhir tayangan filem Usop Wilcha dlm Werewolf D...9 years ago
-
Jualan buku-buku Sindiket Sol-jah & Studio Anai-anai - SACC, Shah Alam 29 January - 8 Februari 10 pagi - 9 malam9 years ago
-
-
MAHATHIR KUTTY PENGKHIANAT NEGARA - The information regarding the Fixed Deposit Accounts of Mahathir’s wife and 3 of his children are as below: These accounts were opened at an Israeli Singapo...10 years ago
-
-
Apakah kaitan Masalah Gusi dan Ibu Mengandung? | Periodontitis & Pregnancy. - As Salam Readers, Hari ini kita post benda atau topik berilmiah sikitlah ye. Nanti aku dok membebel melalut-lalut korang bosan pula kan. I ni dah lah suka ...10 years ago
-
patriotisme dan politik hijau - http://www.malaysiakini.com/columns/278144 Tanah air – begitulah gagasan asas kita bernegara. Kata tanah air dalam bahasa Inggeris merujuk kepada *country* ...10 years ago
-
Sembang Letup bersama Razaisyam Rashid, pengarah filem CEO. - Sekali pandang tajuk, filem CEO ini nampak seperti klise atau mudah dihadam intipati nya. ya! mesti ada namun selepas itu. Namun, tenaga muda yang mengepa...10 years ago
-
Malang - Kota Malang, Jawa Timur. 7 jam (dengan keretapi) dari Yogjakarta ialah sebuah kota yang bernama Malang. Tak tahulah kenapa namanya Malang. Mungkin sebab...10 years ago
-
The Ismaelist - Keh dengor band ni ada show pada malam Tahun Baru 2014 nanti di Centre Point, untuk menyedarkan peminat muzik Pop akan kehadiran mereka di arena muzik te...10 years ago
-
kontradiksi - bila orang bukan islam cuba2 melakukan puasa-- cuma untuk sehari-- dengan segera dia diangkat dijulang dipujipuja. sedangkan bila saudara kita sendiri yang...11 years ago
-
Carmelo Anthony for The New York Observer - Only ended up with about 7 hours to complete this one so I decided to keep it loose and take more of a sketchy approach to it.11 years ago
-
puasa sepanjang hayat - The fasting prescribed by the religion is to abstain from eating and drinking and sexual intercourse from dawn to sunset, while spiritual fasting is, in ad...11 years ago
-
The Carpet Bombing of Readings from Readings 2 - It's quite distressing that our our second book has been hit heavily by negative remarks and 1-star reviews on Amazon. As you might know, the book *Readi...11 years ago
-
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...12 years ago
-
-
Zunar: M’sian satirists play it safe - Patrick Lee | June 8, 2012 From : Free Malaysia Today Reference : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/08/zunar-msian-satirists-play-it...12 years ago
-
-
affordable Doorgift for Any Occasion - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.222398257843054.55367.148465798569634&type=312 years ago
-
PESANAN UNTUK ADIK-ADIK KITA - Sedarlah wahai anda yg sedang bercinta @ kapel- - www.1tube.my13 years ago
-
penyataan - *assalamualaikoum.* *mungkin ini tulisan terakhir saya disini untuk tahun ini. insya ALLAH saya akan berehat dari menulis sehingga hujung tahun.* *tadi sa...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Caricature
- Potret
- 000 unit in 2 week..melompat gak nak kasi siap semua..
- 10
- 2 minggu baru boleh siap..sepatutnya jadi lagi best..tapi macam buat 1 hari ja hasilnya aku tengok
- aku posting kat blog aku dulu baru aku email kat bro zunar..
- aku try tambah vector kat tepi plate ni..kalau semak kene kasi kurang sikit bunge2 kat tepi tu...
- ape nak cerita pun tak tau..tapi sketch dah nak siap..jengx3
- background terlebih sikit..pasal free..kalau kene bayar munkin aku masukkan gambar ranting je..
- belum improve ape2..buat sambil tengok tv..cerite rush hour..kerja pun jadi rush gak..
- bob dyland
- dah comfim..settle masalah..
- dialog belum dapat yang best..kang tersasul kene tangkap pulak..
- jimi hendrix
- kalau approved yang ni bertambah keje gua
- kalau jack black tengok mug ni..bercucuran air mate dia..
- minggu depan kene try xarax new version ni..
- ni la antara bende2 yang aku jual kat kedai
- pink floyd
- sarat ngan bunge..vector bunge ni aku cari sjeam baru jumpe..tu pun kat site2 dalam hutan..
- scott pilgrim
- tapi pasal membantah bil streamyx yang sekejap mahal sekejap kurang sikit..sebetulnye gua yang pemalas...
- xkesah la sebab ape pun
- yang ni boleh siap cepat sikit..tak perlu detail sangat..boleh improve lagi..