Edit this Text, Edit HTML> CRTL+F (firefox) search, edit and Save

Timbang Tara

Posted: Thursday, December 8, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Ape saje khabar yang datang kite disuruh gunakan akal untuk menilai. itu cara orang yang berfikir selepas menerima berita dan sebelum disampaikan pulak pada orang lain. cara penyampaian pun mungkin salah satu sebab mengapa sesuatu berita itu mudah dipercayai dan tak perlu dinilai dan dipertikaikan lagi kesahihannya. ape pulak kesannya kalau kite cuma bergantung dengan satu sumber sahaja tanpa mengambil tahu dari sumber2 yang lain? rugi la kalau macam tu. kite tak ambik peluang untuk melihat sesuatu berita dari pelbagai sudut. jika tidak dilihat dari pelbagai sudut macamane pulak kite nak memilih mane yang betul mane yang salah. selepas membaca beberapa sumber berita gua masih optimis yang gua masih ade harapan untuk dapat yang diberitahu sebagai wang ehsan dari kerajaan yang memerintah, walaupun syarat-syarat untuk layak menerima duit tu dah makin bertambah dari sehari ke sehari. penilaian itu gua rase sangat logik dalam kadar masa sekarang ni ditambah pulak dengan desakan nak bercuti dapat sehari dua pun jadi la...

Caricatute Trace Xara Xtreme pro 5

Posted: Tuesday, October 18, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Order Caricature untuk kad jemputan kahwin

Jibat Kasut Size 5

Posted: Sunday, September 4, 2011 | Posted by mae | 4 comments



Buat sebelum raye dan siap jugak sebelum balik kampung. upload lambat sikit supaya ade bende nak share lepas raye setelah diabaikan oleh streamyx beberape ketika.

Journey

Posted: | Posted by mae | 2 comments



Selepas menyaksikan beberape scene menyayat hati dihari Raya kami sempat merakamkan beberape keping gambar sendiri dalam aksi yang kami rasakan tidak poyo walaupun kami kurang mengambil tahu apakah maksud poyo yang sebenar.

Raya

Posted: Saturday, August 27, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Raya bukan mase untuk meniarap depan tv tengok sarkis sambil makan biskut raya dari pagi sampai ke petang ' Pesanan ringkas itu dibawakan khas dari pengalaman beraye beberape tahun lepas.

Xara Trace

Posted: Thursday, August 25, 2011 | Posted by mae | 0 comments



trace pakai xara Xtreme pro. kene explore lagi sebab nak buat macam ni pun ambik mase lame. antara alasan lambat siap yang sempat gua pikir ialah lapar dan dahaga memandangkan skang ni bulan puasa, tapi bila teringat sirah rasulullah s.a.w bulan puasa siap boleh berperang. dah la berperang siap menang pulak lagi. gua jadi malu sendiri nak pakai alasan seperti yang dinyatakan diatas. maka dengan itu siap jugak la gambar Encik GunX yang gua rase dia pikir idea nak tulis status fesbuk dia mase atas motor.

Aneka

Posted: Tuesday, August 2, 2011 | Posted by mae | 2 comments



Gua tak nampak golongan yang beria-ia mempejuangkan bangsa jadi tuan kat negara ni. kebanyakan pemimpin yang mengaku memperjuangkan bangsa tu mungkin la jadi tuan. bezanya berape kerat sangat yang dibela.
yang terpinggir pulak berape juta. gua tak rase terbela pun kalau setakat announce billion-billion dalam tv tapi orang melayu tetap kene kerja bawah tokey-tokey besar dari bangsa lain dan diperah tenaga mereka dengan bayaran yang tak setimpal. ape salahnye hidup tanpa mencurigai bangsa lain nak ambik alih kepimpinan negara la. cina nak sapu semua peluang perniagaan la. india nak monopoli sistem kehakiman la. gua tak nampak itu jadi masalah sebenarnye. isunye sejauh mane ikhlasnye kite nak tengok semua bangsa boleh hidup aman dan boleh memajukan diri dalam negara ni. bende ni gua pikir lepas gua dapat tau di sesetengah negeri di India yang agama rasmi nye bukan islam tapi boleh sponsor jemaah haji yang pertama kali nak ketanah suci tambang separuh. maksudnye diaorang bukan setakat membenarkan islam diamalkan tapi siap bagi peruntukan yang banyak untuk rakyat negara dia walaupun belainan kepercayaan. mulai sekarang gua ingat nak cube2 tanye kaunter tabung haji berape duit nak bukak akaun sebab gua tau kalau gua tak mula dari sekarang jangan kate nak pegi mekah. KLIA pun gua tak dapat jejak.

Belanja

Posted: Saturday, July 9, 2011 | Posted by mae | 2 comments



Berbeza pandangan dalam sesuatu isu dah biasa kita dengar. yang jarang gua dengar disebabkan tak setuju dengan pendapat orang lain kita pijak dia sebab kita lebih kuat. tak perlu la dibuat macam-macam undang-undang kalau orang yang gajinya dibayar dari wang pembayar cukai melayan kita macam penjenayah. sama la macam gua beli tukul untuk bagi pada orang yang memang dah stand by nak ketuk kepala gua. keadaan cuma boleh berubah kalau gua beli tukul dan bagi pada orang yang baik dan tak berpotensi nak ketuk kepala sesiapa.

Sembang

Posted: Sunday, July 3, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Dalam seminggu dua ni gua jarang tengok tv time berita. sesekali gua bersembang jugak dengan orang sekeliling pasal isu semasa sambil cuba nak ambik tau ape yang diaorang paham melalui pemerhatian diaorang tentang ape yang berlaku dalam negara skang ni. rujukan utama diorang mesti dari tv dan suratkhabar. sejauh mana orang kita percaya dengan berita yang disampaikan melalui dua cabang media yang terbesar itu tidak boleh dipertikaikan lagi. apa sahaja yang dipertontonkan dan ditulis wajib menjadi kepercayaan walaupun berita itu diolah supaya ia kelihatan benar walaupun ia cuma satu tuduhan yang belum dipastikan kesahihannya. walau seserius mana pun cara penyampaiannya gua tetap melihat ape yang disiarkan di tv sebagai iklan yang memerlukan kepercayaan orang ramai untuk mendapatkan keuntungan. contohnya....walaupun gua tau sabun basuh dalam iklan tv tu tak boleh buat baju gua putih sampai bercahaya tapi sampai kat pasaraya gua akan cari brand yang keluar dalam tv tu berbanding brand yang tak pernah dilihat dimane-mane iklan sebelum ni.

kartun rokes

Posted: Wednesday, June 8, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Lame dah gua tak buat kartun. yang ni pun dah berape bulan lepas punye kerje. macamane orang melayu nak kaye. buat kerje ikut sukahati. kalau cina kaye tak payah la nak marah. diaorang kaye bukan sebab dapat bantuan macam2 dari jkkk. tapi diaorang rajin. tu....je.

Bangsa

Posted: Sunday, May 8, 2011 | Posted by mae | 2 comments




Dalam zaman semua orang dah boleh dapat maklumat percuma dan mudah, masih ada beberapa editor brand otak semput nak suruh semua orang percaya tulisan merapu dalam suratkhabar yang bagi free pun orang tak ambik. disebabkan artikel yang sangat membantu menjadikan manusia lebih cerdik beberapa sekolah jenis kebangsan menolak untuk mendapat langganan percuma suratkhabar berkenaan,sebab diaorang tau kalau baca suratkhabar nama Utusan Orang Melayu ni akan membazirkan susu tepung mahal yang diorang minum untuk perkembangan otak tu.

Nasik Lemak,Karipap Dan secawan kopi.

Posted: Monday, April 25, 2011 | Posted by mae | 4 comments



Antara menu sarapan paling laris dibumi melayu yang dikongsi dengan berbagai bangsa seluruh dunia yang datang cari makan kat sini ialah karipap dan nasik lemak...disini semua bangsa harus kenal dengan makanan terutama nasik lemak...mana-mana artis barat yang datang buat konsert mesti belajar cakap perkataan nasik lemak walaupun sebutan tak berapa lemak didengar kalau ditanya wartawan masa press conference.hari ini maruah makanan yang menaikkan nama bukit antarabangsa itu telah dinjak-injak oleh menteri bukan melayu yang menjaga obesiti.selang beberapa hari selepas itu seorang lagi peguam bukan melayu mengaitkan karipap dan kopi panas dengan seorang lelaki boleh berdiri straight selepas diliwat . memang patut la kalau NGO-Ngo melayu mengadakan satu demonstrasi besar-besaran bagi mengekang gejala memperlekehkan makanan kegemaran orang melayu ini. tulis besar-besar kat banner korang nanti " Nasik Lemak Dan Karipap Hak Mutlak Bumiputra..penceramah jemputan pulak gua cadangkan seorang yang begitu comitted memperjuangkan hak nasik lemak dipersada antarabangsa iaitu Ustazah umi hafilda....

Pendatang

Posted: Tuesday, April 12, 2011 | Posted by mae | 2 comments



Gua lambat sikit dapat tau kene sediakan lebih 10ribu dan gaji minimun 6ratus ringgit sebulan untuk mendapatkan pembantu rumah warga indonesia.
untuk mendapatkan maid dari philiphine pulak kene sediakan 12ribu serta gaji dari 8ratus ke 1200.00 bergantung pada tahap akademik dan kecekapan melakukan kerja yang diarahkan.buat masa sekarang ni pemerintah Indonesia mengenakan beberapa lagi syarat untuk menjamin keselamatan dan jugak memberi pulangan yang setimpal untuk membenarkan rakyat dari negara mereka bekerja disini.
Ada sebilangan rakyat Malaysia yang lahir dan membesar kat sini cuma dapat gaji pokok sebanyak 500ringgit sebulan setelah bekerja selama 3-4 tahun di kilang tanpa bayaran pendahuluan dan komisyen kepada agent..senario pekerja industri warga tampatan yang masih ditekan oleh warga pendatang dari jepun dan eropah ni cuma jadi cerita pendek lepas minum kopi ginseng dah tukar cerita lain.
gua sendiri sembunyi-sembunyi jawab talipon bile tengok talipon pendatang asing boleh akses internet berbanding dengan talipon gua yang cuma ade ringtone polifonik.

Ilmu

Posted: Wednesday, April 6, 2011 | Posted by mae | 4 comments



Sepanjang gua hidup banyak bende yang gua tak tau..ade bende yang boleh ditanya ade bende yang tak perlu tanya dan ade bende yang kalau ditanya jugak orang akan gelakkan kita...atas sebab nak tau yang mendesak kadang-kadang gua tanya gak soalan tu walaupun sepatutnye gua dah tau jawapannya 20 tahun dulu...sesetengah soalan kalau ditanya pada mase yang tertentu ia akan menjadi seperti ayat penyata...sesetengahnya pulak ia akan jadi seperti mempertikaikan sesuatu tindakan..dan dalam banyak-banyak soalan yang paling bodoh gua pernah dengar setakat ni ialah...sesuai ke hukum allah dibuat di negara yang berbilang bangsa dan agama ni...?"..kalau gua ditanya dengan soalan begini gua takde jawapan yang tepat melainkan menyuruh orang yang bertanya berlari ketengah jalan kuching jam 6.30 petang...

Seni Pembodohan

Posted: Monday, April 4, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Jangan pelik kalau ade orang yang suka orang lain lebih bodoh dari mereka...dikelilingi oleh orang bodoh untuk dilihat bijak adalah salah satu sebab mengapa mereka bersikap begitu...mereka akan mempercayai setiap perkataan yang diucapkan oleh orang yang mereka rasakan bijak tanpa ragu-ragu...mungkin ini kesan daripada sifat orang melayu yang bersangka baik dan pesan orang dulu-dulu ade hikmah disebalik kejadian....mereka tidak mempersoalkan ape yang sahaja yang disuruh...ape sahaja yang dilakukan oleh mereka yang dianggap bijak akan disanjung walaupun ia cuma rakaman CCTV neo noirs...

Testing Artrage

Posted: Monday, March 28, 2011 | Posted by mae | 4 comments



Sebelum lukisan gua display kat galeri ade aircond baik lu orang tempah siap-siap...takut esok dah tak mampu baru nak mintak discount...

Friend of mine

Posted: Saturday, March 26, 2011 | Posted by mae | 5 comments




Banyak gak Kekurangan tarik line pakai mouse ni...digital pen turun harge sampai Rm1.20 nanti gua beli la satu.

Buat Cerita Untuk Hidup

Posted: Wednesday, March 23, 2011 | Posted by mae | 0 comments




Manusia boleh buat macam-macam untuk hidup termasuk la buat cerite porno...bukan tujuan untuk mencari kemashuran ataupun untuk menjadi terkenal...ia dilakukan semata-mata demi mencari sesuap nasi...ditambah pulak dengan dengan keadaan politik yang tidak menentu...semua ini menjadi dorongan untuk yang dah takde pendapatan tetap dan dihujung kerjaya untuk melakukan sesuatu demi menjamin anak isteri masih boleh bershopping di KLCC yang harga beg tangannya boleh buat belanje gua satu family untuk tempoh setengah tahun...
tak salah ke buat bende bogel-bogel macam ni tanye pakcik felda pada partner meja sebelah...partner meja sebelah jawab.." kalau pelakonnye mirip pemimpin pembangkang ia halal ditonton dan dihebahkan kepada media..sambil meng'order lagi segelas teh tarik tanda perbincangan akan menjadi lebih hangat sikit lagi.....

Kotor

Posted: Monday, March 21, 2011 | Posted by mae | 3 comments



Dalam seminggu dua ni cerite yang tenggelam timbul yang gua dengar sekejap kuat sekejap perlahan...
1) Nuklear - gua rase dah memang perlu ade powerplant tu kat sini..peduli hape ngan radiasi ke pencemaran ke...kalau rase tak setuju pegi la duduk kat pulau buatan sendiri...takpun buat rumah kat mane-mane negara yang bebas nuklear.
2) Libya - Amerika dah bom pengkalan tentera kerajaan gua rase pun perlu sebab dari diaorang bunuh rakyat sendiri baik US tolong bunuh sekali harung..tak rugi peluru
3) Video sek pemimpin tertinggi pembangkang - pun gua rase perlu sebab pemimpin pembangkang belum ade koleksi video seks seperti yang melibatkan pemimpin parti komponen pemerintah...betul ke tak betul video tu belakang cerite..yang penting orang yang dituduh tu mesti dimalukan dan dijatuhkan maruahnya...
kire gua dalam kategori manusia yang bersyukur sebab gua tak menentang, semua gua setuju termasuk la rancangan sehati berdansa itu menepati nilai-nilai budaya ketimuran tapi akad nikah dimasjid menyerupai upacara pernikahan agama lain.

Which way home

Posted: Wednesday, March 16, 2011 | Posted by mae | 4 comments




Documentari ni memang patut pun dapat banyak award. scene diorang interview budak pompuan umur 8 ke 9 tahun tu gua dah pikir ini bukan main-main punye isu, tapi penghijrahan beramai-ramai ni bukan lagi masalah setempat, dah jadi masalah negara dah...diaorang dah tak boleh nak sekat... budak pompuan tu travel sorang-sorang naik tren, bukan dalam gerabak tren tu...ni..atas bumbung tren yang panas tu...(sambil tunjuk matahari gua cerite) tanpa arah tuju nak cari kakak nya di US. takde alamat, takde duit, harap simpati orang ramai dan sukarelawan yang bagi makanan, bagi ubat, bagi motivasi..siape yang give up boleh patah balik hidup macam biase dengan family...mase gua umur macam tu jangan kate nak ke Amerika nak masuk toilet pun kene berteman..

friend of mine

Posted: Sunday, March 13, 2011 | Posted by mae | 4 comments



Species ini boleh ditemui disekitar klang dan ketika demo menyusahkan pihak berkuasa...gua pernah nampak kelibat yang tidak berapa fotogenik ini semasa rally menentang kenaikan harga minyak di menara petronas beberapa tahun dahulu...beliau kelihatan sangat marah ketika rally tersebut sehingga menarik minat jurugambar Harakah untuk merakamkan peristiwa itu...dan sehingga sekarang beliau masih menggunakan ron95 sebagai tanda protest yang berpanjangan.

Tuduh

Posted: Friday, March 11, 2011 | Posted by mae | 0 comments



banyak kali aku tengok drama melayu yang ade watak orang alim tapi tak betul cara.
watak tu mesti pakai serban,takpun kopiah,mate celak sikit,ade janggut,pakai jubah...tapi menggukan penampilan macam tu untuk keuntungan dunia...watak baik dalam drama begini biasenye ialah orang kampung pakai kain pelikat,bersongkok tinggi,baju melayu..sederhana dalam amalan dan ade effect cahaya time kamera fokus kat muka dia. aku tak mempertikaikan niat penulis untuk mengetengahkan sikap sesetengah pendakwah yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi...yang pastinye kesan dari cerita begini akan melahirkan generasi yang memandang golongan yang berpakaian seperti yang disarankan oleh nabi itu adalah orang jahat...

zack artrage

Posted: Wednesday, March 9, 2011 | Posted by mae | 0 comments



more to come....

artrage iggy pop

Posted: Tuesday, March 8, 2011 | Posted by mae | 0 comments



muka yang selamat nak buat caricature species muka characteristic macam ni...walaupun form tak same tak jadi masalah sangat...

Aunty rose

Posted: Friday, March 4, 2011 | Posted by mae | 2 comments



in anna raffali's looks...

Veteran

Posted: Tuesday, March 1, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Mencuri dengar perbualan dua orang makcik veteran selepas menyaksikan kucing berkuntau sesama sendiri..
Makcik 1 "macam DAP dengan PAS'
makcik 2 "diaorang ni memang tak boleh berkawan'
Makcik 1 "islam ape macam tu..kawan ngan cina'
Makcik 2 "Percaya sangat dengan cina DAP tu'..
Dan perbualan tu berlarutan sehingga masuk ke topik tilam yang boleh menyembuhkan penyakit buah pinggang...harganya mencecah sehingga rm11,000 untuk yang bersaiz besar...tapi selepas membeli tilam itu ia tidak memberikan kesan seperti yang diiklankan..tilam itu cuma disimpan didalam stor dibelakang rumah..dia merasa kesal kerana mempercayai salesman yang menjual tilam tersebut..
Gua cuma buat ramalan yang makcik-makcik ni baru balik mesyuarat bahagian dan salesman jual tilam tu mesti melayu yang beragama islam.

ADI JAGAT

Posted: Sunday, February 27, 2011 | Posted by mae | 0 comments



gua nak tulis panjang pasal adi jagat pun gua bukan kenal sangat ngan dia...cuma gua pernah dengar album yang dia buat sendiri beserta cover kertas photostate...gua kagum dengan usaha dia...dengar lagu orang susah buat gua rasa bersyukur dengan nikmat yang kita dapat setakat ni...lirik dia bagitau yang dia betul-betul struggle time tu...RESPECT!!..

friend of mine

Posted: Wednesday, February 23, 2011 | Posted by mae | 1 comments

self character sketch

Posted: Monday, February 21, 2011 | Posted by mae | 0 comments

TukarTiub

Posted: Thursday, January 27, 2011 | Posted by mae | 0 comments




Antara blog yang terawal aku bace...tak terikat dengan style penulisan yang memerlukan teori panjang tapi susah nak paham....takde tajuk entri yang gempak-gempak...
dan seorang penghasut yang berjaya

Cartoon character (guy )

Posted: Wednesday, January 26, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Line yang lurus dan 2 size outline...mungkin ni style yang menarik untuk di explore...

Trace vector

Posted: Tuesday, January 25, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Lukis pakai mouse ni kerje yang sepatutnye boleh siap sejam jadi 3 jam...practice lagi..

Bincang

Posted: Monday, January 24, 2011 | Posted by mae | 0 comments




Pantun sangat sinonim dengan zaman pendekar dulu-dulu...silap haribulan tak jadi fight sebab pantun tak habis-habis...

ode to my family

Posted: Thursday, January 20, 2011 | Posted by mae | 2 comments



Seronok ke tak kalau mak ngan ayah nak duduk sekali dengan family kita..? tak susah ke nak tanggung..? tak menyusahkan ke..? soalan-soalan yang macam ni kita akan pikir kalau parent ambik keputusan untuk tinggal dengan family kita...tak payah la nak bising-bising kalau setakat keluar duit yang tak seberape tu...
jawapannya tak payah pening-pening nak pikir....kalau ibu yang melahirkan kita mintak ganti balik susu yang kita minum masa kecik dulu setitik pun kita tak dapat ganti..

Marah

Posted: Sunday, January 9, 2011 | Posted by mae | 2 comments



Siapa yang paling marah kalau harga barang keperluan naik mendadak, semestinya orang itu ialah orang yang tidak berkemampuan macam aku...setiap pembesar negara seperti biasa mengarang jawapan yang bakal ditanyakan oleh wartawan tv perdana tentang kenaikan harga tersebut...tidak seorang pun dari pembesar negara tadi mengatakan yang kenaikan itu membebankan selain dari memuji-muji tindakan menaikan harga barang tersebut...cadangan seperti menanam sayur belakang rumah dan berjimat cermat sering kedengaran...dalam masa yang sama ditayangkan perkahwinan anak pembesar negara dengan pelbagai tema dan semestinya menggunakan belanja yang bukan sedikit...mungkin itulah yang mereka maksudkan sebagai berjimat cermat...dan sayur yang dihidangkan untuk tetamu yang datang semestinya sayur yang ditanam dibelakang rumah....aku paham macam tu la.....

Asap

Posted: Monday, January 3, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Di masjid signboard no smoking besar-besar tapi hari jumaat masih ade yang merokok semasa khatib berkhutbah...
Di hospital kerajaan juga terdapat signboard yang bersaiz serupa tetapi suasananya sangat berbeza...