Edit this Text, Edit HTML> CRTL+F (firefox) search, edit and Save

WPAP iggy pop

Posted: Thursday, September 12, 2013 | Posted by mae | 0 comments

Dah ade passion sikit buat benda ni. try character yang nampak obvious dulu. dapat komen dari WPAP artist dari indonesia walaupun belum sampai pada tahap boleh mengolah gaya sendiri dan lebih kepada ikut-ikutan disebabkan kurang kefahaman tentang art begini. walaupun telah membaca mengenai teori dan menonton tutorial di toutube. mintak2 banyak ruang mase untuk explore WPAP ni.

WPAP wife

Posted: | Posted by mae | 0 comments

Percubaan pertama untuk WPAP ni. banyak kurang dan belum paham teori dan tidak banyak yang dapat di explore dari sini

Posted: Wednesday, January 23, 2013 | Posted by mae | 0 comments

Terjemahan berita dari media perdana dalam menghadapi pelbagai isu yang melibatkan keperluan orang ramai. Berita A: Isu air di selangor selepas 4 tahun menjadi kerajaan- dibaca: Ini menunjukkan kegagalan kerajaan negeri yang diterajui oleh pembangkang telah gagal dalam menguruskan sumber air yang merupakan keperluan utama rakyat. ini menunjukkan sebuah kerajaan yang sangat lemah. Berita B : Isu air di pahang selepas 50 tahun menjadi kerajaan- dibaca: Ini cuma masalah kecik yang cuba dipolitikkan oleh pembangkang demi meraih sokongan orang ramai. masalah ini akan diselesaikan dengan seberapa segera oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. kami tidak mahu isu kepentingan orang ramai ini terlalu dipolitikkan. inilah teknik pemberitaan yang disuap kepada orang ramai dari zaman tv hitam putih sehinggalah ke zaman orang menyampah nak tengok berita. masih ada yang percaya...? jawapannyaaaaaaa ..ADA!!

Draw..Draw..Draw

Posted: Wednesday, October 17, 2012 | Posted by mae | 0 comments

Digital Potrait

Posted: Monday, October 15, 2012 | Posted by mae | 0 comments

Penang Nightwalk

Posted: Friday, February 10, 2012 | Posted by mae | 2 comments



Pulau pinang kalau boleh digambarkan dalam bentuk visual lebih kurang begini keadaannya.itu bagi yang dapat berada disuasana malam bersama duit yang tanpa perlu dihitung akan berkurangan jika membeli walau sepaket jeruk pala. bagi yang tiba dengan keadaan berkira-kira samada ingin minum dicafe ataupun membungkus cendol di persisiran jalan tentu cahaya warna warni diatas bukanlah sesuatu yang sangat mengujakan.

Timbang Tara

Posted: Thursday, December 8, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Ape saje khabar yang datang kite disuruh gunakan akal untuk menilai. itu cara orang yang berfikir selepas menerima berita dan sebelum disampaikan pulak pada orang lain. cara penyampaian pun mungkin salah satu sebab mengapa sesuatu berita itu mudah dipercayai dan tak perlu dinilai dan dipertikaikan lagi kesahihannya. ape pulak kesannya kalau kite cuma bergantung dengan satu sumber sahaja tanpa mengambil tahu dari sumber2 yang lain? rugi la kalau macam tu. kite tak ambik peluang untuk melihat sesuatu berita dari pelbagai sudut. jika tidak dilihat dari pelbagai sudut macamane pulak kite nak memilih mane yang betul mane yang salah. selepas membaca beberapa sumber berita gua masih optimis yang gua masih ade harapan untuk dapat yang diberitahu sebagai wang ehsan dari kerajaan yang memerintah, walaupun syarat-syarat untuk layak menerima duit tu dah makin bertambah dari sehari ke sehari. penilaian itu gua rase sangat logik dalam kadar masa sekarang ni ditambah pulak dengan desakan nak bercuti dapat sehari dua pun jadi la...

Caricatute Trace Xara Xtreme pro 5

Posted: Tuesday, October 18, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Order Caricature untuk kad jemputan kahwin

Jibat Kasut Size 5

Posted: Sunday, September 4, 2011 | Posted by mae | 4 comments



Buat sebelum raye dan siap jugak sebelum balik kampung. upload lambat sikit supaya ade bende nak share lepas raye setelah diabaikan oleh streamyx beberape ketika.

Journey

Posted: | Posted by mae | 2 comments



Selepas menyaksikan beberape scene menyayat hati dihari Raya kami sempat merakamkan beberape keping gambar sendiri dalam aksi yang kami rasakan tidak poyo walaupun kami kurang mengambil tahu apakah maksud poyo yang sebenar.

Raya

Posted: Saturday, August 27, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Raya bukan mase untuk meniarap depan tv tengok sarkis sambil makan biskut raya dari pagi sampai ke petang ' Pesanan ringkas itu dibawakan khas dari pengalaman beraye beberape tahun lepas.

Xara Trace

Posted: Thursday, August 25, 2011 | Posted by mae | 0 comments



trace pakai xara Xtreme pro. kene explore lagi sebab nak buat macam ni pun ambik mase lame. antara alasan lambat siap yang sempat gua pikir ialah lapar dan dahaga memandangkan skang ni bulan puasa, tapi bila teringat sirah rasulullah s.a.w bulan puasa siap boleh berperang. dah la berperang siap menang pulak lagi. gua jadi malu sendiri nak pakai alasan seperti yang dinyatakan diatas. maka dengan itu siap jugak la gambar Encik GunX yang gua rase dia pikir idea nak tulis status fesbuk dia mase atas motor.

Aneka

Posted: Tuesday, August 2, 2011 | Posted by mae | 2 comments



Gua tak nampak golongan yang beria-ia mempejuangkan bangsa jadi tuan kat negara ni. kebanyakan pemimpin yang mengaku memperjuangkan bangsa tu mungkin la jadi tuan. bezanya berape kerat sangat yang dibela.
yang terpinggir pulak berape juta. gua tak rase terbela pun kalau setakat announce billion-billion dalam tv tapi orang melayu tetap kene kerja bawah tokey-tokey besar dari bangsa lain dan diperah tenaga mereka dengan bayaran yang tak setimpal. ape salahnye hidup tanpa mencurigai bangsa lain nak ambik alih kepimpinan negara la. cina nak sapu semua peluang perniagaan la. india nak monopoli sistem kehakiman la. gua tak nampak itu jadi masalah sebenarnye. isunye sejauh mane ikhlasnye kite nak tengok semua bangsa boleh hidup aman dan boleh memajukan diri dalam negara ni. bende ni gua pikir lepas gua dapat tau di sesetengah negeri di India yang agama rasmi nye bukan islam tapi boleh sponsor jemaah haji yang pertama kali nak ketanah suci tambang separuh. maksudnye diaorang bukan setakat membenarkan islam diamalkan tapi siap bagi peruntukan yang banyak untuk rakyat negara dia walaupun belainan kepercayaan. mulai sekarang gua ingat nak cube2 tanye kaunter tabung haji berape duit nak bukak akaun sebab gua tau kalau gua tak mula dari sekarang jangan kate nak pegi mekah. KLIA pun gua tak dapat jejak.

Belanja

Posted: Saturday, July 9, 2011 | Posted by mae | 2 comments



Berbeza pandangan dalam sesuatu isu dah biasa kita dengar. yang jarang gua dengar disebabkan tak setuju dengan pendapat orang lain kita pijak dia sebab kita lebih kuat. tak perlu la dibuat macam-macam undang-undang kalau orang yang gajinya dibayar dari wang pembayar cukai melayan kita macam penjenayah. sama la macam gua beli tukul untuk bagi pada orang yang memang dah stand by nak ketuk kepala gua. keadaan cuma boleh berubah kalau gua beli tukul dan bagi pada orang yang baik dan tak berpotensi nak ketuk kepala sesiapa.

Sembang

Posted: Sunday, July 3, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Dalam seminggu dua ni gua jarang tengok tv time berita. sesekali gua bersembang jugak dengan orang sekeliling pasal isu semasa sambil cuba nak ambik tau ape yang diaorang paham melalui pemerhatian diaorang tentang ape yang berlaku dalam negara skang ni. rujukan utama diorang mesti dari tv dan suratkhabar. sejauh mana orang kita percaya dengan berita yang disampaikan melalui dua cabang media yang terbesar itu tidak boleh dipertikaikan lagi. apa sahaja yang dipertontonkan dan ditulis wajib menjadi kepercayaan walaupun berita itu diolah supaya ia kelihatan benar walaupun ia cuma satu tuduhan yang belum dipastikan kesahihannya. walau seserius mana pun cara penyampaiannya gua tetap melihat ape yang disiarkan di tv sebagai iklan yang memerlukan kepercayaan orang ramai untuk mendapatkan keuntungan. contohnya....walaupun gua tau sabun basuh dalam iklan tv tu tak boleh buat baju gua putih sampai bercahaya tapi sampai kat pasaraya gua akan cari brand yang keluar dalam tv tu berbanding brand yang tak pernah dilihat dimane-mane iklan sebelum ni.

kartun rokes

Posted: Wednesday, June 8, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Lame dah gua tak buat kartun. yang ni pun dah berape bulan lepas punye kerje. macamane orang melayu nak kaye. buat kerje ikut sukahati. kalau cina kaye tak payah la nak marah. diaorang kaye bukan sebab dapat bantuan macam2 dari jkkk. tapi diaorang rajin. tu....je.

Bangsa

Posted: Sunday, May 8, 2011 | Posted by mae | 2 comments




Dalam zaman semua orang dah boleh dapat maklumat percuma dan mudah, masih ada beberapa editor brand otak semput nak suruh semua orang percaya tulisan merapu dalam suratkhabar yang bagi free pun orang tak ambik. disebabkan artikel yang sangat membantu menjadikan manusia lebih cerdik beberapa sekolah jenis kebangsan menolak untuk mendapat langganan percuma suratkhabar berkenaan,sebab diaorang tau kalau baca suratkhabar nama Utusan Orang Melayu ni akan membazirkan susu tepung mahal yang diorang minum untuk perkembangan otak tu.

Nasik Lemak,Karipap Dan secawan kopi.

Posted: Monday, April 25, 2011 | Posted by mae | 4 comments



Antara menu sarapan paling laris dibumi melayu yang dikongsi dengan berbagai bangsa seluruh dunia yang datang cari makan kat sini ialah karipap dan nasik lemak...disini semua bangsa harus kenal dengan makanan terutama nasik lemak...mana-mana artis barat yang datang buat konsert mesti belajar cakap perkataan nasik lemak walaupun sebutan tak berapa lemak didengar kalau ditanya wartawan masa press conference.hari ini maruah makanan yang menaikkan nama bukit antarabangsa itu telah dinjak-injak oleh menteri bukan melayu yang menjaga obesiti.selang beberapa hari selepas itu seorang lagi peguam bukan melayu mengaitkan karipap dan kopi panas dengan seorang lelaki boleh berdiri straight selepas diliwat . memang patut la kalau NGO-Ngo melayu mengadakan satu demonstrasi besar-besaran bagi mengekang gejala memperlekehkan makanan kegemaran orang melayu ini. tulis besar-besar kat banner korang nanti " Nasik Lemak Dan Karipap Hak Mutlak Bumiputra..penceramah jemputan pulak gua cadangkan seorang yang begitu comitted memperjuangkan hak nasik lemak dipersada antarabangsa iaitu Ustazah umi hafilda....

Pendatang

Posted: Tuesday, April 12, 2011 | Posted by mae | 2 comments



Gua lambat sikit dapat tau kene sediakan lebih 10ribu dan gaji minimun 6ratus ringgit sebulan untuk mendapatkan pembantu rumah warga indonesia.
untuk mendapatkan maid dari philiphine pulak kene sediakan 12ribu serta gaji dari 8ratus ke 1200.00 bergantung pada tahap akademik dan kecekapan melakukan kerja yang diarahkan.buat masa sekarang ni pemerintah Indonesia mengenakan beberapa lagi syarat untuk menjamin keselamatan dan jugak memberi pulangan yang setimpal untuk membenarkan rakyat dari negara mereka bekerja disini.
Ada sebilangan rakyat Malaysia yang lahir dan membesar kat sini cuma dapat gaji pokok sebanyak 500ringgit sebulan setelah bekerja selama 3-4 tahun di kilang tanpa bayaran pendahuluan dan komisyen kepada agent..senario pekerja industri warga tampatan yang masih ditekan oleh warga pendatang dari jepun dan eropah ni cuma jadi cerita pendek lepas minum kopi ginseng dah tukar cerita lain.
gua sendiri sembunyi-sembunyi jawab talipon bile tengok talipon pendatang asing boleh akses internet berbanding dengan talipon gua yang cuma ade ringtone polifonik.

Ilmu

Posted: Wednesday, April 6, 2011 | Posted by mae | 4 comments



Sepanjang gua hidup banyak bende yang gua tak tau..ade bende yang boleh ditanya ade bende yang tak perlu tanya dan ade bende yang kalau ditanya jugak orang akan gelakkan kita...atas sebab nak tau yang mendesak kadang-kadang gua tanya gak soalan tu walaupun sepatutnye gua dah tau jawapannya 20 tahun dulu...sesetengah soalan kalau ditanya pada mase yang tertentu ia akan menjadi seperti ayat penyata...sesetengahnya pulak ia akan jadi seperti mempertikaikan sesuatu tindakan..dan dalam banyak-banyak soalan yang paling bodoh gua pernah dengar setakat ni ialah...sesuai ke hukum allah dibuat di negara yang berbilang bangsa dan agama ni...?"..kalau gua ditanya dengan soalan begini gua takde jawapan yang tepat melainkan menyuruh orang yang bertanya berlari ketengah jalan kuching jam 6.30 petang...