Edit this Text, Edit HTML> CRTL+F (firefox) search, edit and Save

Belanja

Posted: Saturday, July 9, 2011 | Posted by mae | 2 comments



Berbeza pandangan dalam sesuatu isu dah biasa kita dengar. yang jarang gua dengar disebabkan tak setuju dengan pendapat orang lain kita pijak dia sebab kita lebih kuat. tak perlu la dibuat macam-macam undang-undang kalau orang yang gajinya dibayar dari wang pembayar cukai melayan kita macam penjenayah. sama la macam gua beli tukul untuk bagi pada orang yang memang dah stand by nak ketuk kepala gua. keadaan cuma boleh berubah kalau gua beli tukul dan bagi pada orang yang baik dan tak berpotensi nak ketuk kepala sesiapa.

Sembang

Posted: Sunday, July 3, 2011 | Posted by mae | 0 comments



Dalam seminggu dua ni gua jarang tengok tv time berita. sesekali gua bersembang jugak dengan orang sekeliling pasal isu semasa sambil cuba nak ambik tau ape yang diaorang paham melalui pemerhatian diaorang tentang ape yang berlaku dalam negara skang ni. rujukan utama diorang mesti dari tv dan suratkhabar. sejauh mana orang kita percaya dengan berita yang disampaikan melalui dua cabang media yang terbesar itu tidak boleh dipertikaikan lagi. apa sahaja yang dipertontonkan dan ditulis wajib menjadi kepercayaan walaupun berita itu diolah supaya ia kelihatan benar walaupun ia cuma satu tuduhan yang belum dipastikan kesahihannya. walau seserius mana pun cara penyampaiannya gua tetap melihat ape yang disiarkan di tv sebagai iklan yang memerlukan kepercayaan orang ramai untuk mendapatkan keuntungan. contohnya....walaupun gua tau sabun basuh dalam iklan tv tu tak boleh buat baju gua putih sampai bercahaya tapi sampai kat pasaraya gua akan cari brand yang keluar dalam tv tu berbanding brand yang tak pernah dilihat dimane-mane iklan sebelum ni.